Tujuh Sunnah Hebat...

 
         
Ustaz Don Daniyal - 7 Sunnah Hebat
 
 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui 
batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul 
menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah 
kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka
 pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju 
akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu 
menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu 
adalah:
 
 Pertama:
 Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin 
terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan 
kita semakin hampir dengan Allah.
 
 Kedua:
 Membaca Al-Qur’an 
sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, 
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
 Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat 
qursi.
 
 Ketiga:
 Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu 
subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana 
masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
 panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid 
Allah.
 
 Keempat:
 Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki 
terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat 
dalam mendatangkan rezeki.
 
 Kelima:
 Jaga sedekah setiap 
hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah 
selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, 
sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
 Keenam:
 Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. 
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa
 ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga 
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
 
 Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang 
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu 
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
 ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling 
bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga 
jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme 
dan hedonisme.
 
 Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment