Tuesday, November 26, 2013
Thursday, November 7, 2013
Orang Yang Berakal...
"Tindakan kita melambangkan fikiran kita. Kita yang baik ialah disiplin yang baik"
"Kawal emosi anda. Jika tidak, ia mampu mengganggu kehidupan .........."
"Ingat,
kita hanya seorang hamba yang akan pulang menemui Allah pada masa yang
ditentukan. Cari redha Allah dan sentiasalah bertaubat"
"Setiap manusia menentukan kejayaan mereka sendiri dengan menguatkan fokus, dengan mengenalpasti erti hidup pada hari-hari yang kita lalui dan disiplin diri yang telah kita lakukan"
"Lebih baik kita dianggap bodoh tetapi benar daripada di anggap cerdik tetapi berbohong"
Tujuh Sunnah Hebat...

Ustaz Don Daniyal - 7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui
batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul
menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah
kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka
pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju
akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu
menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu
adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin
terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan
kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat
qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu
subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana
masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid
Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki
terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat
dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap
hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah
selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah,
sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa
ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling
bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga
jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme
dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)